✿✿TIPS




99 tips memikat suami

♥♥♥ ♥♥♥ 99 Petua Tawan Hati Suami :)

Semua petua yg tertera di bawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah..beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yg boleh dipraktikkan isteri. Petua tersebut ialah : 

1) Berdoa agar disayangi. 

2) Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.

3) Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai).

4)Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat.

5)Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati.

6)Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.

7)Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.

8)Masak makanan kegemaran suami.

9)Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya.

10)Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.

11)Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjenya.

12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

13)Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat,ucapkan terimakasih kerana memberitahu.

14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari.

16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami.

17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan.

18)Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali.

19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20)Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dgn kerap jika suami suka.

22)Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang.

23)Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.

24)Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.

25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.

26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau.

27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain.

29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.

31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.

35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.

36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.

37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.

39)Lebihkan suami daripada anak-anak.

40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya.

41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya.

42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa.

43)Pergi dating atau berbulan madu.

44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras.

45)Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.

46)Selalu urut suami.

47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.

48)Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.

49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu.

50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.

51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.

52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.

53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.

54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.

55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa.

56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.

57)Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.

58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya.
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.

59)Jgn dera suami fizikal dan batin.

60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,org yg ditemui dan sebagainya.

61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita.

62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.

63)Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.

64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.

65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu.

66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.

67)Cari masa utk berdua-duaan.

68)Lakukan riadah bersama suami.

69)Pergi berkelah sekali-sekala.

70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak).

71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.

72)Berikan apa yg dihajati suami.

73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

74)BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

75)Lakukan ibadah bersama.

76)Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.

77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri.

78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.

79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.

80)Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih sayang.Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.

81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami.

82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya.

83)Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.

84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.

85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.

87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan.

88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.

89)Jgn cabar suami.

90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu.

91)Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.

92)Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.

93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri.

94)Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.

95)Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.

96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.

97)Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.

98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.

99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.

SILAKAN SHARE ♥ SEMOGA BERMANFAAT
♥ LIKE page ini juga ya, Keluarga Bahagia Sokmo Dan Nasihat Berguna 

76 tips



Silakan SHARE ♥ dan LIKE page Keluarga Bahagia Sokmo Dan Nasihat Berguna

♥ Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri ♥

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
Dipersilakan Share ♥ dan LIKE page ya


HATI

Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]

Silakan SHARE ♥ dan LIKE page Keluarga Bahagia Sokmo Dan Nasihat Berguna








ADAKAH ANDA PERASAN?

Perasan tak setiap kali kita cium baby, ada satu bau yang amat menyenangkan walaupun kita tak letak perfume or bedak dekat anak. Baunya sangat selesa dan mendamaikan hidung. Bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar bulan ke bulan. Tahukah anda bau apa itu?

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

"Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA" ♥ ♥ 

 

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

(1) Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

(2)Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

(3)Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

(4)Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

(5)Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

(6)Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

(7)Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

(8)Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

(9)Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

(10)Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel♥ ♥