Sunday 19 July 2020

Kecutkan CYST

Cara Cepat Bantu Kecutkan Cyst

"Tanpa Pembedahan"


Zakiah ada dapat customer yang consume Vivix untuk bantu dalam masalah cyst. Anak belikan dan hadiahkan untuk mak. Alhamdulillah bagus anak ni. Sekarang dah masuk botol ke2 dah. Mak nye dah ada perubahan setelah amik Vivix. Gembira betul bila dapat bantu keluarga ni.

Hokey, mari kita kenali apa itu cyst ni?



Apa itu Cyst?


Cyst atau nama lainnya encystations adalah suatu keadaan di mana terdapat ketumbuhan lazimnya mengandungi cecair, sama ada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak, dan lendir.


Cara cepat kecutkan Cyst tanpa pembedahan, ovarian cyst, normal ovari, ovari punca wanita tak boleh mengandung, hormal tak stabil, kitaran period tak betul, tak datang period, ketumbuhan dalam rahim, gla complex shaklee kecutkan Cyst, rawatan semulajadi Cyst,
Ovari normal vs Cyst Ovari
Ia juga boleh disertai dengan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang, dan lain-lain. Kebanyakkan wanita pernah mengalami penyakit Cyst ini sehingga mereka sukar untuk hamil, dan jika disahkan hamil pun kandungan tersebut mungkin tidak bertahan lama kerana berlaku keguguran disebabkan rahim tidak kuat.

Cyst ini terjadi tidak terhad di dalam ovari sahaja, Cyst juga boleh tumbuh di pelbagai lapisan tisu badan atau mana-mana organ tubuh badan dan ianya diberi nama mengikut tempat ia tumbuh contohnya Cyst payudara, Cyst pundi kencing, Cyst hati, Cyst buah pinggang, Cyst pankreas, Cyst vagina atau kemaluan wanita, Cyst kulit, Cyst tiroid, dan lain-lain.

Terdapat satu kes di mana seorang wanita ini merasakan badannya seperti ada masalah. Setiap kali berbaring dan memegang bahagian bawah perutnya dia berasa sangat sakit kerana terasa seperti ada ketulan keras tumbuh di situ.

Antara tanda-tanda kemungkinan berlaku Cyst di dalam ovari, iaitu di dalam sistem peranakan wanita ini adalah wanita tersebut tidak datang haid dalam jangka masa yang agak lama, kitaran haid tidak teratur, jika datang bulan (haid) darah akan keluar lebih banyak berbanding ketika waktu period yang normal sebelum terjadi Cyst, selain itu juga perut wanita yang mempunyai Cyst di dalam ovari ini juga kelihatan membesar seperti perut ibu mengandung empat lima bulan.

Keadaan ini amat membimbangkan semua wanita yang mempunyai masalah hormon tak stabil iaitu kitaran haidnya tidak teratur setiap bulan. Lebih parah lagi ketika datang haid, ada pesakit Cyst yang langsung tak boleh bangun, hanya makan panadol untuk kurangkan kesakitan.

Walaupun pesakit Cyst telah menjalani pembedahan membuang Cyst tersebut tetapi tiada jaminan Cyst tersebut akan sembuh sepenuhnya. Mereka perlu membuat pemeriksaan susulan bagi memastikan penyakit tersebut tidak berulang.

Untuk mengetahui sama ada di dalam ovari seseorang itu terdapat pembentukan Cyst atau tidak seseorang itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah.

Jika seseorang itu kerap mengalami period yang tak teratur disebabkan hormon tak stabil besar kemungkinan ada Cyst yang terbentuk dalam ovari seseorang itu dan pemeriksaan kesihatan harus dijalankan untuk mencegah masalah berkaitan ketumbuhan Cyst ini.

Kebanyakkan wanita yang mengalami Cyst dalam ovari ini mereka akan rasa sakit di bahagian abdomen, pinggang, dan pelvic malah kesakitan itu akan menjadi lebih teruk jika saiznya cukup besar. Ianya akan menyebabkan rasa yang tak selesa seperti ada sesuatu bengkakan didalam rahim.

Kesakitan tersebut mungkin akan lebih bertambah jika seseorang wanita itu sedang berovulasi (keluar telur atau ovum) ketika waktu subur mengikut kitaran haid seseorang itu.


JENIS-JENIS CYST OVARI

1. Cyst Corpus Luteum:

Jenis ini, adalah yang paling umum terjadi kepada kebanyakan wanita, biasanya tidak ada tanda dan berukuran 2-6 cm diameter.

2. Cyst hemorrhagic:

Timbulnya pendarahan dalam cyst. Tandanya adalah terasa senak dan perit di bahagian perut.

3. Cyst dermoid:

Jenis ini biasanya menyerang wanita berusia lebih muda dan dapat tumbuh besar (15 cm) dan berisi tidak hanya cairan, tapi juga lemak, jaringan tulang ataupun tulang rawan. Jenis ini dapat meradang dan menyebabkan posisi tube fallopio membelit.

4. Cyst Endometrium:

Disebut juga endometriosis. Jenis ini terjadi ketika jaringan lapisan rahim (endometrial) hadir dalam ovarium wanita. Biasanya berisi darah berwarna coklat, dan ukurannya berkisar antara 2 cm hingga 20 cm. ianya boleh menyerang wanita yang berusia sekitar 16-27, menimbulkan rasa sakit yang luar biasa ketika haid, dan mengganggu kesuburan.

5. Cyst denoma:

Cyst ini terjadi bila tumor terbentuk dari jaringan ovari. Tumor jenis ini biasanya berisi cairan dan berukuran sangat besar, bahkan sehingga 30cm atau lebih diameter.

6. Polycystic-appearing ovary:

Cyst kecil terbentuk disekeliling luar ovarium. terjadi pada wanita normal, mahupun pada wanita yang mengalami gangguan hormon endokrin.


Simptom-simptom Biasa Penyakit Cyst Ovari


  • Sakit dibahagian pelvic
  • Rasa tekanan dibahagian abdomen
  • Kerap membuang air kecil
  • Sakit ketika mengadakan hubungan kelamin / bersetubuh 
  • Kembung perut dan rasa tidak hadam

Simptom-simptom Kritikal Penyakit Cyst Ovari


  • Sakit teruk yang mencucuk dibahagian abdomen
  • Demam
  • Pengsan
  • Nafas menjadi terlampau laju

Jika berlaku mana-mana simptom kritikal seperti diatas segeralah berjumpa dengan doktor kerana ia adalah tanda-tanda Cyst pecah atau ovari terpulas.


Punca-punca Penyebab Berlakunya Cyst Ovari


  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Tabiat merokok dikalangan wanita
  • Keluar darah kotor terlalu awal (ketika usia 11 tahun atau lebih muda)
  • BMI melebihi 30
  • Hipotiroid iaitu keadaan dimana kelenjar tiroid kurang aktif dan tidak menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya.
  • Pernah mengambil hormon gonadotropins untuk rawatan kesuburan.
  • Pernah mengambil hormon perangsang kesuburan iaitu Clomiphene (Clomid, Serophene) yang berfungsi seperti estrogen, iaitu hormon wanita yang membolehkan ovum terhasil dalam ovari dan terlepas dari ovari untuk memasuki tiub falopio.
  • Pernah mengambil ubat Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara di peringkat awal sama ada menjalani rawatan chemotherapy atau radiation, ubat ini digunakan untuk mencegah kanser payudara daripada berulang semula.
  • Kurangnya pengambilan fiber atau makanan berserat tinggi dalam diet pemakanan harian
  • Diet yang tinggi lemak tepu seperti daging merah dan produk karbohidrat ringkas seperti tepung putih, pasta, nasi, dan gula. Ia menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
  • Hati yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan proses detoks terganggu, kesannya hormon menjadi tidak seimbang dan ianya akan mengakibatkan pelbagai penyakit berkaitan sistem peranakan wanita seperti Cyst Ovari ini.



Set Vitamin dan Suplimen untuk Bantu Kecut Cyst


Antara suplimen yang membantu mengecutkan Cyst ialah vitamin C, vitamin E, Carotomax, GLA,  Vivix dan ResV.



Jom order kat link di bawah :


TESTIMONI 













Jom order kat link di bawah :

No comments:

Post a Comment